Laman promosi Ejen Sah Eastel • Rangkaian U MobileTanpa kontrak • Data besar • Hotspot
Syarat & Peraturan Akses

Terma & Syarat

Sila baca dengan teliti terma dan syarat penggunaan laman dan perkhidmatan sebelum mendaftar sebagai pelanggan atau Rakan Niaga Eastel.

KEMAS KINI TERAKHIR: 4 OKTOBER 2026

Dengan mengakses laman web ini, melanggan pelan Eastel, atau mendaftar ke dalam sistem Rakan Niaga (ESK/Ejen), anda dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan terma dan syarat berikut.

1. Penerimaan Terma

Laman web ini menyediakan perkhidmatan promosi, pendaftaran pengguna (SIM), dan sistem portal ejen bagi talian telekomunikasi Eastel yang beroperasi menggunakan liputan U Mobile. Syarat ini mengikat anda dari segi undang-undang bermula dari tarikh pendaftaran atau pembelian anda.

2. Pembelian Pakej & Pelan Data

  • Harga, kuota data, dan kesahan pelan (seperti EZ35, EZ50, EZ98) adalah berdasarkan dasar pihak pengurusan utama Eastel.
  • Kelulusan untuk proses kekal nombor asal (MNP) bergantung sepenuhnya kepada kelulusan daripada syarikat telekomunikasi asal pengguna dan bebas daripada sebarang sekatan kontrak atau senarai hitam.
  • Pihak kami tidak bertanggungjawab atas kegagalan proses MNP yang disebabkan oleh tunggakan bil pengguna dengan syarikat asal.

3. Pendaftaran Rakan Niaga (ESK)

Peserta yang menyertai program rakan niaga (ESK/Ejen) dan menggunakan fasiliti percubaan 72 jam atau Web Replika perlulah bersetuju bahawa:

  • Susunan Ahli: Sebarang prospek yang didaftarkan melalui Web Replika anda akan dimasukkan secara automatik di bawah rangkaian anda berdasarkan sistem 'cookie' pengesanan.
  • Maklumat Sahih: Anda bertanggungjawab memberikan maklumat identiti dan akaun bank yang sah untuk tujuan pembayaran komisen.
  • Etika Jualan: Anda dilarang memberikan janji-janji palsu, memanipulasi pelan, atau melakukan teknik "spam" sewaktu mempromosikan pautan Web Replika.

4. Komisen & Pembayaran

Pengiraan komisen pasif (Tier 1 hingga 3) dan bonus program Eastel dikira secara automatik oleh sistem pengurusan HQ Eastel. Segala nombor yang ditunjukkan pada "Simulasi Komisen" dalam portal ini adalah anggaran dan ilustrasi semata-mata, serta tidak menjamin pendapatan tetap tanpa usaha penajaan dan jualan yang berterusan.

5. Penafian Pihak Ketiga

Laman web ini diuruskan oleh Rakan Niaga/Pengedar bebas yang sah dan merupakan medium portal pemasaran serta sokongan. Ia Bukanlah laman korporat rasmi milik U Mobile Berhad mahupun Eastel secara mutlak. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang timbul daripada isu teknikal rangkaian utama telekomunikasi.

Eastel • Pendaftaran & Tempahan

Cuba Web Ejen · 72 Jam

Percubaan percuma ini untuk web promosi ejen selama 72 jam, bukan SIM atau data percuma. Isi maklumat untuk mencipta akaun portal. Mohon aktif dengan ID Eastel selepas daftar; upline/HQ menyemak, atau akses aktif automatik selepas 24 jam permohonan.

Memuatkan maklumat penaja…

Minimum 10 aksara dengan huruf dan nombor.

Sudah ada akaun? Log Masuk

Pilihan anda