Laman promosi Ejen Sah Eastel • Rangkaian U MobileTanpa kontrak • Data besar • Hotspot
Keselamatan Data Dilindungi

Dasar Privasi

Komitmen kami terhadap perlindungan data dan privasi maklumat peribadi anda di dalam ekosistem Eastel Mobile.

KEMAS KINI TERAKHIR: 4 OKTOBER 2026

Di Portal Eastel Mobile, kami memandang serius privasi anda. Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, mengguna, dan melindungi maklumat peribadi anda apabila anda menggunakan laman web dan sistem pengurusan ejen kami.

1. Pengumpulan Maklumat Peribadi

Apabila anda mendaftar sebagai pelanggan, pengedar (ESK/Ejen), atau mengisi borang percubaan 72 Jam di portal kami, kami mungkin mengumpul maklumat berikut:

  • Maklumat Pengenalan: Nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon, dan alamat e-mel.
  • Maklumat Penghantaran: Alamat fizikal untuk urusan pengeposan Kad SIM atau kit perniagaan.
  • Maklumat Sistem: Data log, alamat IP, dan maklumat peranti untuk tujuan keselamatan web replika.

2. Penggunaan Maklumat Anda

Maklumat yang dikumpulkan digunakan secara eksklusif untuk tujuan-tujuan berikut:

  • Memproses pendaftaran, langganan pelan data, dan penghantaran pesanan fizikal anda.
  • Menjana Web Replika peribadi dan menyusun rakan niaga baharu di bawah struktur (Dashboard) anda.
  • Mengira komisen pasif (3 Tier) dan bonus prestasi ejen dengan tepat.
  • Menghubungi anda berkenaan sokongan pelanggan, notifikasi sistem, atau maklumat kempen terkini.

3. Perlindungan & Keselamatan Data

Kami melaksanakan langkah keselamatan teknikal dan pentadbiran yang ketat (termasuk penyulitan SSL/TLS) bagi melindungi data anda daripada akses yang tidak dibenarkan, kehilangan, atau penyalahgunaan. Sistem pengkalan data rakan niaga dipantau secara berkala.

4. Perkongsian Maklumat

Kami TIDAK akan menjual, menyewa, atau memperdagangkan maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga. Kami hanya berkongsi data anda dengan:

  • Pihak pengurusan pusat Eastel untuk kelulusan dan pemprosesan pendaftaran nombor telekomunikasi.
  • Penyedia perkhidmatan logistik (kurier) untuk tujuan penghantaran fizikal.

5. Hak Anda Sebagai Pengguna

Anda mempunyai hak untuk menyemak, mengemas kini, atau memadamkan akaun profil anda dari sistem pengurusan kami. Anda boleh melakukan tetapan ini melalui Papan Pemuka (Dashboard) atau dengan menghubungi sokongan teknikal kami.

6. Perubahan Kepada Dasar Ini

Pihak kami berhak meminda Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan yang signifikan akan dimaklumkan melalui notifikasi di dalam portal web anda.

Eastel • Pendaftaran & Tempahan

Cuba Web Ejen · 72 Jam

Percubaan percuma ini untuk web promosi ejen selama 72 jam, bukan SIM atau data percuma. Isi maklumat untuk mencipta akaun portal. Mohon aktif dengan ID Eastel selepas daftar; upline/HQ menyemak, atau akses aktif automatik selepas 24 jam permohonan.

Memuatkan maklumat penaja…

Minimum 10 aksara dengan huruf dan nombor.

Sudah ada akaun? Log Masuk

Pilihan anda